Input your search keywords and press Enter.

Tiga Maut Ribut Pasir Landa Karachi

M Update, 16/04/2019 – Seramai tiga maut, manakala 10 lagi cedera parah apabila ribut pasir melanda Karachi, iaitu bandar terbesar di Pakistan.

Menurut Al Jazeera, angin kencang turut menerbangkan pokok, menyebabkan bekalan elektrik terputus dan mengakibatkan jadual penerbangan terpaksa ditangguhkan.

Malah, jarak penglihatan turut terjejas kepada 500 meter semalaman, manakala beberapa bangunan dilaporkan musnah.

Namun, keadaan bertambah baik, awal pagi semalam.

Selain Karachi, beberapa bahagian di Pakistan turut mengalami keadaan cuaca yang tidak menentu, antaranya angin kencang dan hujan lebat.

Daerah Barkhan di Balochistan dilaporkan menerima purata hujan sepanjang April dalam tempoh dua hari sahaja.

Ia dipercayai berpunca daripada sistem aktif frontal yang membawa jumlah hujan yang ketara di Qatar pada Sabtu lalu, selain hujan dan ribut petir di Emiriah Arab Bersatu dan banjir di Oman pada Ahad. – Agensi

Leave a Reply