Input your search keywords and press Enter.

300 Ditahan Sertai Protes Perubahan Iklim Di London

M Update, 17/04/2019 –  Hampir 300 orang ditahan kerana menyertai protes perubahan iklim di sini hingga menyebabkan sebahagian besar daripada ibu kota British itu sesak teruk.

Penunjuk perasaan mula menghalang jambatan dan persimpangan jalan utama sejak Isnin sebagai sebahagian daripada kempen mendesak kerajaan mengambil langkah segera menangani masalah perubahan iklim yang turut berlangsung di Eropah.

Ia anjuran Extinction Rebellion, yang ditubuhkan tahun lalu di Britain oleh ahli akademik dan menjadi antara pergerakan alam sekitar yang paling pesat berkembang di dunia.

Extinction Rebellion mendesak kerajaan supaya mengisytiharkan langkah segera bagi menangani isu perubahan iklim dan ekologi, selain mengurangkan pelepasan gas rumah hijau kepada sifar menjelang 2025.

Polis Metropolitan London berkata, menjelang petang semalam, 290 penunjuk perasaan ditahan.

Ribuan penunjuk perasaan menghalang Waterloo Bridge di pusat bandar London sambil menyusun pasu berisi pokok.

Mereka kemudian mendirikan khemah di Hyde Park sebagai persediaan untuk demonstrasi seterusnya sepanjang minggu ini. – AFP

Leave a Reply