Input your search keywords and press Enter.

Operasi cari Acap sah ditangguhkan sementara

M-Update, 17/4/2019, IPOH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau dikenali sebagai Acap ditangguhkan sementara bermula hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, penangguhan itu dilakukan selepas gagal memperoleh petunjuk baharu selepas 25 hari usaha pencarian dilakukan sama ada dalam bentuk operasi mahupun siasatan di luar konteks.

Menurutnya, mangsa masih tidak ditemui setelah menggunakan pelbagai kaedah di kawasan pencarian dari 35km kepada 48km persegi.

“Ia bagi membolehkan pasukan penyelamat merangka strategi lain yang mungkin boleh membantu mengesan mangsa berdasarkan kepada pengalaman yang lepas.

–SH

Leave a Reply