Input your search keywords and press Enter.

Tindakan Keras, Jika Cetus Demonstrasi – Polis Indonesia

M Update, 18/04/2019 –  Pihak berkuasa Indonesia memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba melakukan demonstrasi, sebaik saja bekas jeneral menolak keputusan tidak rasmi pilihan raya yang memihak kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi) sebagai pemimpin untuk penggal kedua, negara demokrasi ketiga terbesar di dunia.

Ketua Polis Negara, Tido Karnavian berkata, pemilihan berjalan lancar dan selamat, ia tidak akan terganggu oleh demonstrasi, malah memberi amaran akan berlaku penahan jika berlaku tunjuk perasaan.

“Jika berlaku tindakan menyalahi undang-undang atau perlembagaan yang mengancam kestabilan dan keselamatan awam, (pihak berkuasa) akan bertindak tegas.

“Kami tidak akan bertolak ansur. Saya menyeru orang ramai agar menolak demonstrasi, sama ada untuk meraikan atau untuk menyatakan rasa tidak puas hati dengan keputusan,” kata Karnavian.

Kebanyakan jalan di Jakarta sunyi hari ini selepas kira-kira 190 juta pengundi keluar untuk mengundi dalam tempoh sehari, untuk memilih 245,000 calon yang bakal dipilih sebagai presiden, ahli parlimen dan pembuat dasar tempatan.

Walaupun keputusan rasmi hanya diketahui bulan depan, kiraan awal oleh peninjau menunjukkan Jokowi mendahului dengan 9 hingga 11 peratus mata di hadapan.

Kiraan awal menjadi petunjuk yang boleh dipercayai dalam pemilihan terdahulu, tetapi Jokowi masih menangguhkan keputusan kemenangan, ketika pencabarnya Prabowo Subianto mengumumkan beliau adalah pemimpin baharu negara kepulauan Asia Tenggara itu. – AFP

Leave a Reply