Input your search keywords and press Enter.

Bayi Bru Lahir Ditanam

M Update, 19/4/2019 – Mayat bayi perempuan cukup sifat yang baru dilahirkan ditemui selepas dipercayai ditanam di kawasan berdekatan Kampung Limau Manis, Lunas di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Superintendan Zailani Mohd Yusof, berkata penemuan mayat bayi itu susulan kehadiran seorang gadis berusia 19 tahun yang mengalami sakit perut di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk menerima rawatan.

Katanya, pegawai perubatan yang merawat suspek kemudian mendapati gadis itu baharu sahaja bersalin sebelum kejadian dilaporkan kepada polis pada jam 5.50 petang.

Polis dari Balai Polis Bukit Mertajam, Pulau Pinang kemudian hadir di hospital dan melakukan soal siasat dan gadis tersebut mengaku mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki berusia 19 tahun. Dia turut mengaku bersalin pada jam 1.45 pagi semalam di asrama kilang tempat kerjanya di Seberang Perai, bagaimanapun ketika dilahirkan bayi itu dipercayai sudah tidak bernyawa sebelum dia menghubungi teman lelakinya bagi meminta bantuan,” katanya ketika dihubungi.

Zailani berkata, mereka kemudian membawa mayat bayi itu dengan menaiki motosikal ke Kampung Limau Manis, Kulim sebelum menanamnya sedalam 0.3 meter. Susulan pengakuan itu, polis mengenal pasti suspek lelaki sebelum menahannya yang kemudian menunjukkan lokasi mayat ditanam. Proses menggali mencari mayat dijalankan Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata, gadis terbabit masih menerima rawatan di hospital sementara teman lelakinya ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Siasatan mendapati mereka berdua berasal dari Sik dengan lelaki terbabit tidak bekerja dan mayat akan dibawa ke hospital untuk dibedah siasat,” katanya. – BH Online

Leave a Reply