Input your search keywords and press Enter.

Perdana Menteri Mali, Kerajaan Letak Jawatan

M Update, 19/04/2019 –  Perdana Menteri Mali, Soumeylou Boubeye Maiga dan seluruh kerajaan meletak jawatan semalam, empat minggu selepas pembunuhan beramai-ramai membabitkan 160 penternak puak Fulani oleh kumpulan pelampau etnik mengejutkan negara itu.

“Presiden menerima peletakan jawatan perdana menteri dan seluruh anggota kerajaan,” menurut satu kenyataan dari pejabat Presiden Ibrahim Boubacar Keita.

Keganasan tercetus berikutan dakwaan bahawa lembu ternakan puak Fulani menceroboh tanah pertanian milik puak Dogon selain pertikaian mengenai akses tanah dan air.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencatatkan lebih daripada 500 kematian awam di kawasan terbabit pada 2018. – Reuters

Leave a Reply