Input your search keywords and press Enter.

Maut Selepas Balik Kenduri

M Update, 22/4/2019 – Seorang pemandu peribadi maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh kereta di Kilometer 6 Jalan Kuala Pilah–Batu Kikir berhampiran Kampung Pelangai, Kuala Pilah, petang semalam.

Dalam kejadian 5.20 petang itu, mangsa Ahmad Tajudin Zahalan, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan. Difahamkan, dia yang menunggang motosikal Suzuki Panther dalam perjalanan ke Kuala Lumpur setelah selesai menghadiri majlis kenduri kahwin di Air Hitam, Jempol sebelum bertembung dengan kereta Proton Gen2 yang datang dari arah Kuala Pilah.

Pemandu Proton Gen2, Mohd Razali Mohd Tahir, 62, berkata dia dalam perjalanan pulang ke Felda Pasoh 1 setelah mengambil adiknya yang baru keluar wad di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN).

Sebelum kejadian, sekumpulan motosikal bergerak secara konvoi datang dari arah bertentangan dipercayai rakan arwah. Bagaimanapun, arwah yang berada di kumpulan kedua cuba memotong sebuah kereta di hadapannya lalu bergesel dengan kereta terbabit sebelum hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta saya.

Kejadian berlaku begitu pantas dan saya cuba mengelak ke kiri jalan, namun gagal,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mayat mangsa telah dibawa ke unit Forensik HTAN untuk tindakan selanjutnya. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – HM Online

Leave a Reply