Input your search keywords and press Enter.

Wanita Pertama Pakar Bidang Peluru & Bahan Letupan

M Update, 22/4/2019 – Staf Sarjan Nur Ainnatul Sakinah Azizan seorang wanita yang hebat apabila menggalas tugas memberi khidmat dalam bidang kejuruteraan peluru dan bahan letupan, Ini menjadikan beliau sebagai wanita pertama Tentera Darat Malaysia (TDM) memilik bidang terbabit.

Bukan itu saja, Nur Ainnatul Sakinah, 37, juga adalah calon wanita tunggal yang menghadiri temuduga dalam bidang Kejuruteraan Peluru yang dihadiri pada 2010.

Kemudiannya terpilih sebagai anggota wanita Tentera Darat terawal menjawat jawatan Juruteknik Peluru TDM.

Selain itu beliau juga terbabit dalam melaksanakan ujian pembuktian dan pembaikan ke atas peluru dan bahan letupan TDM sepanjang memikul tanggungjawab sebagai juruteknik peluru.

Dengan berbekalkan minat beliau yang begitu tinggi dalam bidang ini, saya satu-satunya wanita pertama mengikuti kursus asas peluru bahan letupan selama setahun di Pusat Latihan Kor Ordnans Diraja, Sel Latihan Peluru, Batu Arang, Selangor.

Selepas tamat kursus, beliau ditugaskan di Pasukan Platun Peluru 6 KOD (6 Kompeni Kor Ordnans Diraja) yang mana membekalkan peluru dan bahan letupan kepada pasukan pengguna.

Ibu tunggal kepada dua anak lelaki ini berkata, sebagai juruteknik peluru TDM, antara tugasan perlu dijalankan adalah melaksanakan pembuktian peluru dan bahan letupan menerusi ujian Complete Rounds Proof (CRP), uji bukti ini perlu bagi menentukan kebolehgunaan peluru dan bahan letupan di dalam perkhidmatan TDM.

Bagi peluru dan bahan letupan yang mengalami kecacatan kecil, ia akan melalui proses pembaikan dan seterusnya diuji melalui ujian CRP untuk menentukan fungsinya. Beliau juga ditugaskan sebagai pemusnahan peluru dan bahan letupan yang rosak, gagal berfungsi atau tidak meletup di kawasan lapang sasar atau latihan.

Beliau juga bertanggungjawab melaksanakan tugasan simulasi peluru dan bahan letupan semasa latihan tentera atau acara rasmi kerajaan.

Tugas menasihati pasukan terhadap keselamatan, penyimpanan, penyelenggaraan dan penggunaan peluru dan bahan letupan berpandukan kepada arahan dan prosedur ditetapkan TDM juga tersenarai dalam bidang tugasnya.

Dalam melaksanakan tugas ini beliau perlu memikirkan aspek keselamatan yang tinggi selain penjagaan diri secara sempurna. Ini adalah kerana dia perlu mengendalikan bahan kimia berbahaya.

Lazimnya, selepas latihan menggunakan bahan letupan dan kimia beliau akan makan menggunakan sudu untuk tempoh seminggu sebagai langkah berwaspada menjaga kebersihan dan keselamatan.

Anak sulung daripada lima beradik ini berharap diberi peluang bertukar idea dan kepakaran dengan tentera wanita dari negara lain.

Beliau juga dicalonkan antara Pegawai Kerja Peluru yang akan mengisi kekosongan perjawatan sedia ada pada masa hadapan dan bakal menjawat tugasan sebagai Pegawai Kerja Peluru wanita pertama TDM.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply