Input your search keywords and press Enter.

New IRA Mengaku Bunuh Wartawan Di Londonderry

M Update, 23/04/2019 – Kumpulan republikan serpihan New IRA hari ini, mengaku bertanggungjawab dalam kejadian pembunuhan wartawan Ireland Utara, Lyra McKee, minggu lalu.

Pada masa sama, polis turut mengesahkan penahanan seorang wanita berusia 57 tahun, mengikut Akta Keganasan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan insiden tembakan itu.

“New IRA ingin melahirkan permohonan maaf kepada pasangan, ahli keluarga dan rakan Lyra McKee susulan kematiannya,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan kepada akhbar, The Irish News.

Akhbar itu melaporkan, kumpulan separa tentera itu menggunakan perkataan kod, iaitu satu bentuk komunikasi ketika konflik di Ireland Utara yang dikenali sebagai ‘The Troubles’.

McKee, 29, ditembak di kepala pada Khamis lalu, ketika kumpulan terbabit bertempur dengan pihak polis di kawasan kediaman Creggan di Londonderry, Ireland Utara.

Terdahulu, pihak polis menahan dua lelaki berusia 18 tahun dan 19 tahun, tetapi mereka dibebaskan tanpa didakwa.- AFP

Leave a Reply