Input your search keywords and press Enter.

Penjenamaan Semula

Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd dijenamakan semula sebagai Eraman selepas 25 tahun beroperasi bertujuan untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa ke Malaysia. Selain itu, ia akan buka peluang baru dalam memperkukuh serta meletakkan jenama tersebut sebagai peruncit utama lapangan terbang.

Penjenamaan semula Eraman termasuk penambahbaikan di permis Eraman seperti pembesaran kedai runcit selain premis makanan dan minumannya (F&B) yang membabitkan Lapangan Terbang Kuching, Sarawak, Kota Kinabalu, Pulau Pinan, Langkawi dan Labuan. Perkembangan ini kebanyakannya disebabkan oleh aspek campuran runcit dan kurangnya pengezonan ruang niaga yang berkesan.

Jualan setiap penumpang (SSP) bagi lapangan syarikat itu pada tahun lalu berda pada kadar RM27.80 dengan jumlah terttinggi dicatatkan bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ialah RM37.50.

SPP Lapangan terbang lain di rantau ini telah mencapai kadar dua atau tiga kali ganda lebih tinggi walaupun memiliki ruang niaga yang sama atau lebih kecil bermakna KLIA masih ketinggalan dalam soal SPP. Oleh itu, strategi penetapan semula komersial dimulakan dengan objektif untuk menambahbaik campuran runcit untuk memaksimumkan kemasukan pelanggan.

Leave a Reply