Input your search keywords and press Enter.

Sebar Maklumat Cegah Jenayah Secara Santai

M Update, 23/4/2019 – Di zaman semakin canggih ni jenayah semakin berleluasa di man-mana sahaja. Pelbagai pendekatan yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi mengekang kegiatan jenayah.

Terbaru, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi agensinya akan menggunakan pendekatan lebih santai termasuk kembara motor besar untuk menjalinkan hubungan mesra bersama rakyat dalam menyebarkan maklumat pencegahan jenayah serta anti dadah.

Penggunaan motosikal berkuasa tinggi dalam kalangan masyarakat kini sangat menggalakkan dimeriahkan dengan pelbagai kempen keselamatan, konvoi dan program amal bersama anak yatim serta fakir miskin.

Pembabitan daripada agensi kerajaan dan swasta itu mencetuskan minat rakyat, justeru agensi di bawah KDN seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan turut tidak ketinggalan menganjurkannya menerusi Kembara Antidadah 2019.

Pengguna motorsikal berkuasa tinggi semakin meningkat, dengan pasaran 550,000 unit setahun memberikan cabaran kepada kerajaan khususnya dalam menangani peningkatan jumlah kemalangan jalan raya, pengurusan trafik yang lebih cekap dan penyediaan infrastruktur jalan raya yang lebih baik.

Peranan PDRM amat penting dalam pastikan keselamatan jalan raya terjamin dan jenayah tragedi dapat dibendung, aset motosikal kerajaan di PDRM banyak membantu meningkatkan kecekapan PDRM dalam membentras jenayah dan menguatkuasakan undang-undang.

Semua pun tahu penggunaan motosikal adalah lebih cekap, pantas dan mudah untuk mendekati masyarakat.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply