Input your search keywords and press Enter.

Tetak Adik Demi Duit

M Update, 23/4/2019 – Hanya kerana permintaannya untuk mendapatkan wang tidak dipenuhi, lelaki menetak pergelangan tangan kiri adiknya menggunakan parang dalam kejadian di Kampung Baru Bahagia, Anak Musang, di Jerteh, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku 1.30 petang ketika mangsa lelaki berusia 26 tahun berada di rumah bersama suspek berusia 33 tahun sebelum berlaku pertengkaran antara mereka. Keengganan mangsa mengikuti kemahuan suspek menyebabkan abangnya naik angin lalu mengambil parang dan menetak mangsa sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, suspek dipercayai meminta sejumlah wang daripada mangsa, namun tidak diendahkan. Laporan dibuat bapa mereka di Balai Polis Jerteh semalam untuk tindakan lanjut.

Kekecohan yang berlaku disedari bapa mereka berusia 69 tahun yang kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Besut. Bagaimanapun, mangsa dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, usaha memburu suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Leave a Reply