Input your search keywords and press Enter.

FGV & Tabung Haji pertimbang jual aset

Daripada petikan Blomberg. FGV Holdings Bhd dan Lembaga Tabung Haji (TH) sedang mengkaji untuk menjual sahamnya dalam Trurich Resources Sdn Bhd (Trurich), yang memiliki ladang sawit di Kalimantan, pada harga sehingga AS$1 bilion (RM4.13 bilion) demi mengukuhkan kedudukan ekonomi masing-masing.

Kini FGV dan Tabing Haji sedang berunding dengan penasihat urus niaga untuk mencari pembeli sahamnya dalam Trurich Resources yang ,e,iliki 42,000 hektar lading sawit yang terletak di Kalimantan.

Walaubagaimanapun FGV dan TH masih belum membuat apa-apa keputusan muktamad sama ada ingin mejual tanah berkenaan atau mengekalkannya sebagai aset seandainya tawaran yang diterima tidak menarik.

Dalam pada itu, Tabung Haji tidak boleh mengesahkan dan memberi sebarang komen memandangkan Trurich adalah syarikat kerjasama 50-50 bersama FGV dan pihak FGV tidak memberi sebarang respon mengenai perkara tersebut.

Leave a Reply