Input your search keywords and press Enter.

Peralatan Untuk Pesakit Dicuri…

M Update, 24/4/2019 – Peralatan bagi kegunaan pesakit di Klinik Kesihatan Bandar Botanik, Klang, dipercayai dicuri dan dilarikan dua penjenayah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, tiga mesin pemeriksaan gula dan satu mesin pemeriksaan oksigen dilaporkan hilang. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku apabila seorang jururawat keluar selepas meletakkan alat pengecas bateri tambahan dan alatan klinik di atas meja saringan.

Sebaik jururawat itu berpatah balik ke bilik saringan, dia menyedari peralatan berkenaan dicuri dua individu. Kedua-dua suspek yang menaiki kereta jenis Nissan Almera berwarna putih itu kemudian dikatakan melanggar beberapa kenderaan dan palang kawalan keselamatan klinik berkenaan,” katanya.

Kata Shamsul Amar, pihaknya masih menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya. Kejadian itu tular di media sosial, semalam, selepas mendakwa dua lelaki bersenjatakan parang dan pisau merompak klinik kesihatan berkenaan. – HM Online

Leave a Reply