Input your search keywords and press Enter.

Tun M ketuai delegasi Malaysia ke Beijing

M Update, 24/4/2019 – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai Delegasi Malaysia ke Second Belt and Road Forum for International Cooperation (BRF Ke-2) yang diadakan di Beijing, China bermula hari ini hingga 28 April.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata Perdana Menteri dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali diiringi Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking.

Menurut kenyataan itu, Persidangan BRF Ke-2 kali ini bertemakan “Belt and Road Cooperation: Shaping a Brighter Shared Future.” Perdana Menteri dijemput untuk menyampaikan ucapan dan pandangan beliau semasa Mesyuarat Peringkat Tinggi dan Mesyuarat Meja Bulat Pemimpin dengan tema ‘Strengthening Policy Synergy and Building Closer Partnership’.

Kehadiran Perdana Menteri pada BRF Ke-2 membawa makna yang penting memandangkan Malaysia sentiasa memberi sokongan berterusan kepada Belt and Road Initiative, terutama dalam isu pembangunan seperti sinergi dasar, pembangunan infrastruktur, kerjasama kewangan dan perhubungan di antara rakyat kepada rakyat,” katanya. Perdana Menteri akan turut mengadakan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang.

Semasa pertemuan itu pemimpin dari kedua-dua negara dijangka akan membincangkan pelbagai perkara merangkumi isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama. Li Keqiang dan Dr Mahathir juga dijangka akan menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam bidang minyak sawit,” katanya.

Selain daripada program rasmi, Perdana Menteri akan turut mengadakan lawatan ke beberapa syarikat berteknologi tinggi di Beijing seperti Huawei Technologies and SenseTime Private Ltd. Beliau juga dijadualkan akan bertemu dengan pelabur utama, penganalisis modal antarabangsa dan komuniti perniagaan yang terkemuka di Beijing. – BH Online

Leave a Reply