Input your search keywords and press Enter.

Manchester United tewas lagi

MANCHESTER: Pengendali Manchester United Ole Gunnar Solskjaer mengakui perbezaan kualiti antara pasukannya dan Manchester City, dengan menggambarkan pasukan Pep Guardiola sebagai “pasukan terbaik dalam negara” selepas mereka menang 2-0 di Old Trafford, awal pagi tadi.

Jaringan Bernardo Silva dan Leroy Sane dalam tempoh 12 minit selepas waktu rehat sudah cukup memberikan kepedihan buat skuad Red Devils yang tumpas kali ketujuh sepanjang sembilan perlawanan, menyaksikan mereka ketinggalan tiga mata dari kelompok empat teratas.

City mencatat 11 kemenangan berturut-turut dalam saingan liga dan jika mereka menang tiga perlawanan akhir menentang Burnley, Leicester dan Brighton nanti, ia akan memanjangkan penantian 29 tahun Liverpool untuk mengucup gelaran Liga Perdana.

Red Devils bagaimanapun perlu mengucapkan terima kasih kepada Arsenal yang tewas kepada 1-3 kepada Wolves, sekali gus menyalakan peluang United untuk merebut kelompok empat teratas bagi melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Skuad bimbingan Solskjaer perlu menumpaskan penghuni tangga keempat, Chelsea untuk menyalakan peluang tersebut apabila mereka bertembung pada Ahad ini (pukul 11.30 malam waktu Malaysia) di Old Trafford.- AFP

Leave a Reply