Input your search keywords and press Enter.

Maritim Malaysia tahan 22 Nelayan Vietnam,Thailand

M Update, 25/4/2019 – Dua kapal nelayan asing masing-masing dari Vietnam dan Thailand, dirampas selepas taktik menggunakan nombor pendaftaran kapal tempatan dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Dalam operasi dua hari bermula Isnin lalu, dua kapal nelayan asing itu ditahan berasingan membabitkan kapal Vietnam di lokasi 123 batu nautika dari Tanjung Kidurong, di sini, manakala kapal Thailand, ditahan di lokasi 79 batu nautika dari lokasi sama. Ketua Maritim Malaysia Bintulu, Kapten Shahref Steve Mac Queen Abdullah, berkata kapal nelayan Vietnam dan Thailand, masing-masing disita pada Isnin lalu, jam 10.24 malam dan Selasa lalu, jam 10.17 pagi.

Dalam operasi terbabit, seramai 22 nelayan asing masing-masing 11 dari Vietnam dan Thailand, termasuk dua tekong. Hasil semakan mendapati, kedua-dua kapal nelayan itu cuba menggunakan nombor pendaftaran palsu. Mereka melakukan tindakan sedemikian sebagai taktik untuk mengaburi pihak berkuasa tempatan untuk mengaut hasil haram di perairan negara,” katanya pada sidang media, di sini hari ini. Katanya, kesemua warga asing berusia antara 23 hingga 55 tahun ditahan di lokap Maritim Malaysia Bintulu, untuk siasatan lanjut.

Hasil rampasan hasil tangkapan laut termasuk dua kapal dianggarkan bernilai RM2 juta,” katanya. Shafref berkata, kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1988. Dengan tertangkapnya dua kapal nelayan asing ini, ia satu lagi kejayaan Maritim Malaysia Bintulu mengekang kegiatan nelayan warga asing yang menceroboh masuk mencuri hasil laut negara,” katanya. – BH Online

Leave a Reply