Input your search keywords and press Enter.

Hujan Lebat Cetus Banjir Teruk Di Jakarta

M Update, 26/04/2019 – Hujan lebat menyebabkan banjir di beberapa kawasan di ibu negara Indonesia malam semalam, kata Agensi Bencana Indonesia.

Bencana terbabit turut memaksa penduduk berpindah bagi mencari kawasan yang selamat.

Hujan lebat melanda beberapa kawasan besar di Jakarta sehingga menyebabkan air sungai Ciliwung melimpah dan mencetuskan banjir kilat di 17 kawasan yang diduduki penduduk.

Dalam pada itu, puluhan penduduk di bahagian timur ibu negara di mana banjir sering berlaku semasa musim hujan, terpaksa menyeberang jalan raya yang dipenuhi air setinggi satu meter.

Gambar dari beberapa kawasan di bandar menunjukkan orang ramai sedang berlindung di tempat tinggi sambil membawa barangan peribadi sementara pihak berkuasa berusaha menuju ke kawasan teruk dilanda banjir dengan menaiki bot getah.

Sementara itu, dapur awam dibina di Jakarta Timur bagi mengedarkan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat bencana itu. -AFP

Leave a Reply