Input your search keywords and press Enter.

Ketua Polis Negara Sri Lanka Letak Jawatan

M Update, 26/04/2019 – Ketua Polis Negara Sri Lanka, Inspektor Jeneral Pujith Jayasundara hari ini meletakkan jawatan susulan kegagalannya menangani insiden serangan bom dahsyat semasa sambutan Easter, Ahad lalu.

“Ketua Polis Negara sudah meletak jawatan. Dia menghantar surat itu kepada pemangku setiausaha pertahanan.

“Saya akan menamakan Ketua Polis Negara baharu tidak lama lagi,” kata Presiden Maithripala Sirisena yang memberitahu wartawan.

Nama calon yang dikemukakan Sirisena perlu disahkan majlis perlembagaan terlebih dulu.

Peletakan jawatan itu muncul selepas pegawai kanan kementerian pertahanan, Hemasiri Fernando membuat tindakan sama semalam. AFP.

Leave a Reply