Input your search keywords and press Enter.

Stesen minyak Petronas mulakan tawaran biodiesel B10

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Datuk Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, menyatakan proses menaik taraf enawaran biodiesel kepada B10 daripada campuran B7 di stesen minyak kendalian Petronas Dagangan Bhd (PDB) berjalan dengan lancar.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa tumpuan akan diberikan kepada sektor pengangkutan dan proses menaik taraf penawaran biodiesel dalam sektor perindustrian dijangka akan terlaksana pada pertengahan tahun ini.

Disamping itu, pelaksanaan penggunaan biodiesel B10 yang terdiri daripada campuran 10% metil ester dan 90% diesel petroleum bagi sektor pengangkutan dijalankan secara berperingkat mulai Disember tahun lalu.

Persekitaran harga minyak sawit semasa adalah masa yang sesuai untuk meluaskan pelaksanaan mandat biodiesel di Malaysia dan angkah itu boleh membantu meningkatkan permintaan minyak kelapa sawit sebagai bahan mentah, selain ia juga dapat memberi sokongan kepada harga minyak sawit yang terkesan daripada paras inventori dan pengeluaran yang tinggi tetapi berhadapan permintaan yang lembap.

Leave a Reply