Input your search keywords and press Enter.

Shuk Dinobatkan Juara Super BBB 2019

M Update, 29/4/2019 – Pengacara dan penyampai radio Hot FM, Shuk menghampakan empat pesaingnya apabila diumumkan sebagai juara pada pentas akhir, Super Bintang Bersama Bintang 2019 (Super BBB 2019), malam tadi. Kemenangan itu melayakkan Shuk atau nama lengkapnya, Mohammad Shukri Mohammed Sahar, 33, membawa pulang wang tunai RM100,000.

Pada acara kemuncak yang bersiaran secara langsung dari Plaza Alam Sentral 2, di sini, Shuk mengetepikan empat peserta lain iaitu Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 33; Chiwan (Mohd Azwan Sabri), 33; Mamak Puteh (Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad), 34 dan Sharif Zero (Sharif Kadir Doli Sharif), 29.

Persembahan peserta diadili juri tetap iaitu Saiful Apek dan Mark Adam mewakili 60 markah, manakala 40 peratus lagi ditentukan undian penonton menerusi laman sesawang: www.xtra.com.my/BBB2019. Pentas Super BBB 2019 menyaksikan setiap peserta diberi cabaran beraksi bersama selebriti pilihan masing-masing bagi memantapkan lagi persembahan terakhir mereka.

Keserasian Shuk dan Jihan Muse ternyata membawa tuah apabila menambat hati juri tetap serta penonton, sekali gus menghampakan Achey yang diramalkan mempunyai peluang cerah untuk muncul juara.

Pada acara kemuncak itu, Achey bergandingan dengan teman baiknya, Black, manakala Chiwan pula memilih tampil bersama sifunya, Afdlin Shauki. Sementara itu, Mamak Puteh beraksi dengan Fikry Ibrahim, manakala Sharif Zero menjemput Heliza Helmi. Menampilkan Elly Mazlein sebagai pengacara, BBB 2019 menyaksikan peserta bukan hanya mempersembahkan jenaka, malah turut diwajibkan menyelitkan mesej positif dalam sketsa masing-masing. – BH Online

Leave a Reply