Input your search keywords and press Enter.

Tergamak Nak Bunuh Ibu…

M Update, Lelaki tergamak menolak dan cuba membunuh ibunya dengan mengelar leher mangsa menggunakan parang kecil di rumah mereka di Kampung Tanjung Piring, Nami, dekat Pedang Terap, kerana gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah, malam tadi.

Dalam kejadian 8 malam itu, mangsa berusia 69 tahun yang berada di rumah didatangi anaknya berusia 35 tahun dan terus menolak mangsa sehingga terjatuh sebelum suspek mengambil parang kecil dan mengelar leher mangsa. Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan, Noh Idris berkata, akibatnya berlaku pergelutan antara mereka dan suspek sekali lagi cuba mengelar mangsa, namun mangsa sempat menepis.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan mangsa luka di lutut sebelah kanan akibat ditolak. Polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu kemudian bergegas ke lokasi kejadian sebelum menahan suspek 11.15 malam tadi. Senjata parang berukuran 43 sentimeter digunakan untuk menyerang mangsa turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noh berkata, siasatan awal mendapati suspek berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian dan bermotifkan wang untuk membeli bekalan dadah syabu dan heroin. Semakan juga mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah. Suspek kini direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya. – HM Online

Leave a Reply