Input your search keywords and press Enter.

Terima Kasih Putera William..

M Update, 2/5/2019 – Terima Kasih Putera William…Rahimi Ahmad, 39, rakyat Malaysia yang menjadi mangsa serangan pengganas di Christchurch, New Zealand, 15 Mac lalu menerima lawatan Duke of Cambridge, Putera William di Hospital Burwood, New Zealand pada 29 April lalu bagi menyampaikan penghormatan kepada semua mangsa pembunuhan di dua masjid yang meragut 50 nyawa itu.

“Walaupun hanya 15 minit, kata-kata semangat Putera William mengubat hati saya sebagai tanda prihatin atas tragedi yang berlaku. Bukan saja itu, sebaik mendengar saya maafkan dan enggan berdendam dengan pengganas, Putera William tersenyum dan teruja mendengarnya.

Menurutnya, lawatan itu sememangnya amat bermakna kepada keluarganya dan juga hikmah atas apa berlaku. Putera William sangat prihatin, tidak langsung bertanyakan bagaimana kejadian berkenaan berlaku hanya bertanya khabar. Malah, Putera William ada bertanyakan saya berasal dari mana sebelum saya menjawab Malaysia, dan dia dilihat sangat teruja, lebih-lebih lagi apabila dua anak fasih berbahasa Inggeris.

“Walaupun hanya 15 minit, namun saya dan keluarga akui lawatan beliau sangat bermakna sebagai tanda sokongan kepada kami,” katanya.

Sebelum itu, Putera William menghadiri upacara memperingati semua mangsa peringkat kebangsaan serta mewakili neneknya, Ratu Elizabeth II, pemerintah rasmi di bekas koloni British itu. Lawatan itu adalah bukti negara itu sentiasa berdiri teguh bersama sesiapa yang terkesan akibat tragedi berkenaan dan seluruh penduduk Christchurch.

Rahimi berkata, Putera William hanya berseorangan dan tidak ditemani isterinya, Kate. Beliau banyak memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada saya untuk pulih sepenuhnya,” katanya. Kaki kanan jurutera robotik itu terjejas selepas terkena tembakan di perut dalam tragedi meragut 50 nyawa itu dan kini masih dirawat di Hospital Burwood, New Zealand. – HM Online

Leave a Reply