Input your search keywords and press Enter.

Empat lagi aktivis wanita Arab Saudi dibebaskan sementara

M Update, 03/05/2019 – Arab Saudi membebaskan empat lagi aktivis wanita yang ditahan sementara menantikan perbicaraan, menjadikan keseluruhan tujuh sudah dibebaskan sementara.

Mereka adalah dalam kalangan 11 aktivis, sebahagiannya mendakwa berhadapan penderaan seksual dan seksaan dalam tahanan, yang dibicarakan berhubung pelbagai dakwaan termasuk berhubung dengan media, diplomat dan kumpulan hak asasi manusia luar.

“Hatoon al-Fassi, Amal al-Harbi, Maysaa al-Manea, dan Abeer Namankani dibebaskan sementara,” kata kumpulan hak beribu pejabat di London, ALQST, menerusi Twitter.

Peguam Arab Saudi yang ada akses kepada perbicaraan di mahkamah jenayah Riyadh itu mengesahkan pembebasan berkenaan.

Kumpulan yang memantau tahanan politik Arab Saudi, Prisoners of Conscience, melaporkan pembebasan sementara wanita kelima iaitu pelajar univesiti, Shadan al-Anezi.

Keluarga dua lagi wanita diarah hadir ke mahkamah dengan notis pendek, membangkitkan harapan dapat diikat jamin tetapi ditolak tanpa sebarang penjelasan. — AFP

Leave a Reply