Input your search keywords and press Enter.

India naikkan duti import Minyak Sawit

Duti import minyak sawit mentah (MSM) dinaikkan oleh Kerajaan India sebanyak AS$5(RM20.7) setan metrik dan AS$9 (RM37.26) setan metrik keatas olein sawit ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD). Tariif yang disemak semula ke atas minyak sawit mentah dan komoditi yang lain itu dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kewangan India dan mengikut struktur duti baharu tersebut, harga import asas bagi minyak sawit mentah adalah AS$454 setan metik, minyak sawit RBD AS$577 (RM2,256) manakala olein sawit RBD pula AS$585 (RM2,409).

India merupakan pengimport minyak sayuran terbesar di dunia dengan keperluan bulanannya berjumlah 1.9 juta tan metrik. Selain itu, pembekal minyak sawit utama bagi negara itu adah Malaysia dan Indonesia. Menurut data industri, Import minyak sawit India pada Mac berjumlah 802,443 tan metrik, 6.7 % lebih tinggi berbanding Februari.

Leave a Reply