Input your search keywords and press Enter.

Isu rotan anak : Aliff Syukri Dikunjungi JKM

Foto : Kosmo

M Update, 3/5/2019 – Uahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dirinya telah dikunjungi oleh wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) rentetan kes merotan anak, Qadejah El Zahra (Cess) yang sedang tular di media sosial.

Saya tak sangka perkara ini boleh melibatkan NGO dan menjadi kecoh seperti sekarang. Sekali lagi, saya memohon 10 kali maaf kepada semua pihak, saya faham saya salah dan saya jahil,” katanya lagi

Pada Selasa lalu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menyifatkan perbuatan itu sebagai penderaan fizikal membuat laporan polis ke atas Aliff kerana merotan Cess yang berusia sembilan tahun dengan alasan kanak-kanak itu membuka tudung. Laporan itu dibuat oleh Protect and Save The Children (P.S. The Children), ahli Gabungan Hak Kanak-Kanak Malaysia (CRCM) di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.

“Pagi tadi (Khamis), saya dikunjungi oleh JKM, tetapi mereka datang di pejabat saya. Ketika itu, isteri saya sedang sibuk di tempat acara pelancaran ini, manakala saya juga sibuk mengunjungi beberapa stesen televisyen untuk mempromosikan produk. Mungkin mereka mahu bertemu kami suami isteri berkenaan dengan isu yang sedang diperkatakan ramai,” kata Aliff.

Ingin menjernihkan keadaan, isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida menceritakan keadaan sebenar. “Sebenarnya, Cess menangis ketika suami menyapu ubat bukanlah kerana dia sakit, tetapi dia terharu bapanya bertindak begitu. Tujuan suami saya hanyalah untuk mengajar anak. Dia juga tidak memaksa Cess untuk memakai tudung, Cess sendiri yang mahu berhijab semenjak 1 Januari lalu.

Bagi Aliff pula, dia memohon maaf sekiranya tindakan dia merotan anaknya membuatkan ramai pihak tidak senang.

Saya dengan rendah diri memohon maaf apabila terlanjur perbuatan merakam dan memuat naik perkara itu di laman sosial. Cess satu-satunya anak perempuan saya dan saya menjaganya seperti menatang minyak yang penuh. Saya nak menjadi bapa sempurna, bukan nak menunjuk di laman sosial, tetapi saya hanya mahu berkongsi dengan followers saya. – Astro Awani

Leave a Reply