Input your search keywords and press Enter.

Ibu bapa Di Sri Lanka Halang Anak Ke Sekolah

M Update, 06/05/2019 – Kebanyakan sekolah di Sri Lanka dibuka semula hari ini, ketika seluruh di negara masih dikawal ketat, selepas peristiwa pengeboman Hari Easter tetapi kebanyakan ibu bapa yang bimbang memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

Kelas aliran menengah dan atas memulakan kelas hari ini, di ikuti oleh kelas rendah pada tarikh yang bakal dimaklumkan kemudian tetapi ramai yang masih tidak hadir kerana kerana ibu bapa mereka takut serangan kumpulan militan berulang.

Walaupun kawalan keselamatan ketat dan rondaan dilakukan oleh tentera, kebanyakan kelas hampir kosong, sekolah swasta, termasuk institusi Katolik masih ditutup.

“Saya memutuskan tidak menghantar anak saya ke sekolah sehingga keadaan negara kembali normal,” kata Sujeeva Dissanayake, yang menghantar anak lelakinya bersekolah di Kolej Asoka Colombo.

Beliau dan beberapa ibu bapa berada di sekolah untuk membantu memantau keselamatan.

“Sebelum kami yakin dengan keselamatan di luar, kami tidak akan menghantar anak ke sekolah,” kata Dissanayake.

Dua minggu selepas tragedi serangan pengebom nekad di beberapa hotel dan gereja hingga mengorbankan 257 orang, tentera melakukan pemeriksaan menyeluruh di sekolah sebaik saja pihak berkuasa mengarahkan sekolah dibuka semula secara berperingkat. – Reuters

Pihak berkuasa menyalahkan kumpulan militan Tawheed Jamaath (NTJ) dan Jamathei Millathu Ibrahim (JMI) melakukan serangan pada Hari Easter yang turut mengorbankan 42 warga asing.

Leave a Reply