Input your search keywords and press Enter.

Mat Itali Tak Dapat, RM62,137 Lesap

M Update, 6/5/2019 – Seorang penyambut tamu wanita kempunan wang sebanyak 15,000 AS Dolar (kira-kira RM62,137) yang kononnya hadiah persahabatan selepas berkenalan dengan lelaki kononnya warga Itali bulan lalu. Mangsa berkenalan dengan lelaki yang mendakwa warga Itali bernama ‘Muhamed Rahim’ di Instagram 21 April lalu.

Suspek memberitahu akan menghantar barang kepada mangsa sebagai hadiah perkenalan iaitu telefon bimbit, barang kemas dan juga wang tunai berjumlah 15,000 AS Dolar. Sehubungan dengan itu, pada 26 April lalu, mangsa dihubungi oleh ejen syarikat penghantar barang dan ejen itu meminta bayaran cukai sebanyak RM3,950 bagi barangan yang dipos kepada mangsa itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa berusia 26 tahun itu juga mendakwa kerugian RM3,950 selepas diminta membayar cukai bagi urusan penghantaran wang berkenaan. Mangsa yang percaya dengan arahan ejen syarikat itu membuat pindahan wang sebanyak empat kali ke satu akaun yang diberikan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM3,950,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, semalam.

Mohd Wazir berkata, suspek meminta mangsa membayar wang sebanyak RM8,500 untuk mengelak namanya disenarai hitam, namun mangsa enggan mengikuti arahan suspek dan merasakan sudah ditipu. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kelmarin dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – HM Online

Leave a Reply