Input your search keywords and press Enter.

Misi mempromosi minyak sawit di Eropah

Menteri Industri Utama iaitu Teresa Kok sedang menjalankan misi dalam mempromosi minyak sawit ke London, Brussels, Berlin dan Rom bermula 3 Mei sehingga 13 Mei 2019.

Dalam satu kenyataan, pihak Kementerian Industi Utama menyatakan bahawa delegasi beliau akan terdiri daripada para pegawai kementerian, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC0 dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC).

Perbincangan akan diadakan dengan pegawai pemegang kepentingan yang berpengaruh dari kalangan negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) yang juga merupakan rakan dagangan penting minyak sawit dalam kesatuan tersebut.

Misi yang sedang dijalankan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Malaysia untuk mempromosi minyak sawit dan produk-produk yang berasaskan kelapa sawit dalam pasaran utama termasuk menangani sentimen anti minyak sawit di rantau berkenaan.

Selan itu, misi tersebut akan membantu Malaysia dalam memperkukuhkan hubungan perdagangan dua hala dengan pasaran penting itu serta memahami perspektif mereka mengenai pelaksanaan domestik Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui EU II (EU RED II) dan sektor minyak sawit secara menyeluruh.

Leave a Reply