Input your search keywords and press Enter.

PRK Sandakan : 270 Anggota Polis Mengundi Esok

M Update, 6/5/2019 – Seramai 270 anggota polis yang juga pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, akan mengundi, esok.

Mereka akan mengundi di pusat pengundian awal Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin bermula jam 8 pagi hingga 2 petang, dan Rumah Kelab Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun, berkata proses pengundian awal berkenaan akan disaksikan oleh setiap ejen calon serta pemerhati pilihan raya membabitkan wakil organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik SPR.

SPR akan menyiarkan proses pengundian itu secara ‘live streaming’ menerusi laman Facebook suruhanjaya berkenaan.

Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis. Pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian, iaitu 11 Mei ini, di pusat pengiraan undi berkelompok di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tiong Hua.

Proses pengiraan ini akan disaksikan oleh ejen calon yang bertanding dan pemerhati pilihan raya.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply