Input your search keywords and press Enter.

DI SEBALIK RUNDINGAN DAMAI HAT YAI

Usaha menamatkan ancaman pengganas komunis menyaksikan beberapa siri rundingan diadakan. Pertama, Rundingan Damai Baling pada tahun 1955 yang berakhir dengan kegagalan.Walaupun darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960, pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM) belum dapat dihapuskan sepenuhnya.

Saki-baki anggota komunis itu dikatakan berundur ke sempadan Malaysia–Thailand untuk mengumpul kekuatan bagi melancarkan semula pemberontakan bersenjata dengan matlamat yang sama iaitu menumbangkan kerajaan dan menubuhkan republik komunis di Tanah Melayu.

Pemberontakan bersenjata yang dilancarkan semula itu telah mencetuskan darurat kedua di Malaysia pada tahun 1968 hingga 1978.

Pada tahun 80-an, ancaman komunis mula reda selari dengan perkembangan pesat pembangunan negara serta langkah-langkah pencegahan berkesan yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada 1989, PKM meletak senjata dan mula keluar dari hutan di sempadan Thailand selepas setuju menandatangani perjanjian damai dikenali Rundingan Damai Hat Yai di Hat Yai, Thailand.

Segala kekuatan dan strategi yang digunakan kerajaan sehingga membawa kepada perdamaian antara kedua-dua pihak mula dipuji dan diperkatakan rakyat.

Namun, tidak ramai sedar peranan pihak-pihak di sebalik tabir atau ejen-ejen rahsia yang telah merintis usaha sehingga membolehkan perjanjian bersejarah itu menjadi realiti sekali gus membuka lebaran baru kepada negara.

Nama Mokhtar Mahmud Baginda sebagai contoh, amat asing dalam perjalanan sejarah negara namun, jika membaca buku yang ditulis oleh pemimpin kanan PKM, Abdullah CD dan Rashid Maidin, nama lelaki itu disebut berulang kali.

Ia memberi gambaran bahawa nama itu telah memainkan peranan cukup besar dalam merealisasikan rundingan di Hat Yai sehingga PKM meletakkan senjata.

Atas faktor itu mendorong wartawan S2, NORAZRIN MARZUKI serta jurugambar, SAFRIZAL AZMI dan IMRAN ISHAK menjejaki dan menyingkap siapa Mokhtar Mahmud Baginda di sebalik kejayaan melembutkan kepercayaan ahli PKM yang begitu taksub dengan perjuangan berpaksikan keganasan untuk kembali ke meja rundingan, sekali gus memeterai perjanjian damai dengan Kerajaan Malaysia dan Thailand di Hotel Lee Garden, Hat Yai pada 2 Disember 1989.

Leave a Reply