Input your search keywords and press Enter.

Peraturan Cermin Gelap Diumum Hari Ini

M Update, 7/6/2019 – Peraturan baharu mengenai penggunaan cermin gelap kenderaan akan diumum hari ini dalam satu sidang media selepas mesyuarat bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) – Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Sesiapa yang ingin mendapat pengecualian untuk menggunakan cermin gelap memerlukan surat kebenaran daripada Ketua Pengarah JPJ dan bayaran tambahan juga akan dikenakan.

Mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pengecualian mesti ada alasan atas isu keselamatan atau kesihatan.

Tetapi perlu diingatkan jangan ada mana-mana pihak salah faham bahawa kita nak kenakan caj kepada semua orang.

Kalau mengikut peraturan yang telah ditetapkan tidak ada bayaran kepada kerajaan, bayaran hanya dikenakan kepada mereka yang minta pengecualian terhadap peraturan itu saja.

Sumber : Bernama

Leave a Reply