Input your search keywords and press Enter.

Perlu Lebih Masa Untuk Baiki 3 Paip Utama – SYABAS

KETUA Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad

M Update, 7/5/2019 – Ahli Kumpulan Air Selangor, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), mengesahkan tempoh siap kerja pembaikan tiga paip utama berhampiran projek pembinaan lebuhraya West Coast Expressway (WCE) Banting-Taiping yang pecah hujung minggu lalu, terpaksa dilanjutkan.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad, berkata ia berikutan berlakunya pergerakan tanah yang menyebabkan kelewatan proses kerja pembaikan.

“Pihak kami memerlukan masa bagi menyiapkan kerja pembaikan ini sebelum sistem bekalan dapat dimulakan dan penyaluran semula bekalan akan dilakukan sejurus kerja pembaikan siap. Pemulihan di kawasan-kawasan yang terjejas adalah secara berperingkat dan tempoh pemulihan bagi setiap kawasan juga berbeza,” katanya dalam satu kenyataan kira-kira jam 9 malam tadi.

Ahmad Raof berkata, bagi kawasan yang menerima bekalan secara terus (direct supply), pengguna akan menerima bekalan lebih awal berbanding kawasan yang berada di lokasi tinggi atau penghujung sistem agihan.

“Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi pelanggan dan usaha sedang giat diambil bagi mempercepatkan kerja pembaikan dan pemulihan bekalan.

Bagi mendapatkan maklumat dan status terkini, sila muat turun aplikasi telefon bimbit Air Selangor di Google Play atau App Store atau layari laman sesawang www.syabas.com.my, Facebook ‘Air Selangor’ dan Twitter @air_selangor. Pelanggan juga boleh menghubungi kami di talian 15300 atau Whatsapp ke 019-281 6793 dan 019-280 0919 untuk bantuan,” katanya. -BH Online

Leave a Reply