Input your search keywords and press Enter.

Prestasi perdagangan negara dijangka kembali pulih

Pada bulan Febuari dan Mac prestasi perdangan negara berlaku sedikit kejatuhan dalam eksport dan import. Namun, prestasi perdagangan negara pada bulan April dijangka kembali meningkat.

Disamping itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming menyatakan kejatuhan dagangan Februari adalah lebih tinggi daripada Mac dan jika dilihat perbandingan tahun ke tahun, prestasi dagangan Mac telah meningkat berbanding bulan sebelumnya.

Oleh itu, ia mungkin petunjuk bahawa prestasi dagangan untuk bulan April akan meningkat. Eksport negara pada Mac susut 0.5% kepada RM84 bilion berbanding bulan sama tahun lalu. Ia disumbangkan oleh pengurangan jualan produk elektrikal dan elektronik (E&E) dan barangan berasaskan komoditi.

Bagi Februari 2019 pula, eksport merekodkan penurunan sebanyak 7.2% kepada RM122.15 bilion berbanding Februari 2018. Mengulas mengenai pertikaian perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat (AS), Kian Ming berkata beliau tidak menjangkakan sebarang keputusan daripada rundingan perdagangan di antara kedua-dua negara itu akan menjejaskan prestasi dagangan Malaysia untuk jangka pendek.

Katanya, setakat ini masih tiada apa-apa pengesahan mengenai hasil rundingan itu biarpun pasaran sudah bertindak balas dengan kenyatan Presiden AS, Donald Trump yang mahu menaikkan kadar tarif. Namun beliau menegaskan, kerajaan berharap masih ada penyelesaian positif daripada kedua-dua negara supaya perang perdagangan dapat dielakkan.

Leave a Reply