Input your search keywords and press Enter.

Samun kedai emas ketika waktu berbuka puasa

M Update, 07/05/2019 – Sekumpulan empat lelaki dengan dua dipercayai bersenjatakan pistol melakukan rompkan di sebuah kedai emas dalam sebuah pasar raya di pekan Kajang, dekat sini, dalam kesibukan umat Islam berbuka puasa pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussoff berkata, dalam kejadian jam 7.43 malam itu, empat lelaki tersebut melarikan lapan dulang berisi barang kemas.

Bagaimanapun, katanya, polis masih menilai anggaran kerugian dan giat menjalankan siasatan bagi mengesan kempat-empat suspek tersebut.

Tiada tembakan dilepaskan di lokasi kejadian dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan, katanya, dalam kenyataan, malam ini.

Beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Vekram Sinnaiah di talian 019-4737108 bagi membantu siasatan.

_BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *