Input your search keywords and press Enter.

Ajal Elak Lembu

Gambar Hiasan

M Update, 8/5/2019 – Lelaki maut selepas terbabit kemalangan dipercayai cuba mengelak lembu sebelum terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang lampu, dalam kejadian di Jalan Padang Kambing, Simpang Ampat, di Alor Gajah, semalam.

Difahamkan, mangsa Muhammad Azril Iqmal Khamis, 23, berasal dari Kampung Kuantan, Klang, Selangor, baharu berkerja di kilang pembuatan kereta Honda, di sini. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal Yamaha 135LC, datang dari arah Simpang Ampat menghala ke Brisu.

Sebaik sampai Jalan Padang Kambing, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke bahu jalan dan merempuh tiang lampu di tepi jalan. Akibat perlanggaran itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, keluarga mangsa sudah dihubungi untuk menuntut mayat yang dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah petang semalam, untuk menjalani bedah siasat. A Asmadi berkata, kemalangan itu berlaku dalam cuaca baik dan menuruni bukit, namun tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – HM Online

Leave a Reply