Input your search keywords and press Enter.

Bumbung Masjid Dalam Pembinaan Runtuh

M Update, 8/5/2019 – Empat jemaah Masjid Kampung Mengabang Tengah (Masjid Haji Muhammad) di Kuala Terengganu, terselamat selepas sebahagian struktur bumbung masjid itu yang sedang dalam pembinaan, runtuh malam tadi. Dalam kejadian 10.30 malam itu, menara iaitu tapak kubah masjid yang sedang dibina untuk naik taraf masjid runtuh ketika hujan lebat.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Pusat Gerakan Operasi Kuala Terengganu, Mohd Roslan Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian 10.37 malam. Beliau berkata, tujuh pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, kita dapati bahagian kubah di tengah masjid yang sedang dinaik taraf untuk dijadikan menara kubah runtuh. Ketika kejadian jemaah baru selesai menunaikan solat terawih dan sedang bertadarus, bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya. – HM Online

Leave a Reply