Input your search keywords and press Enter.

Kerajaan Sedia Teliti Akta Keharmonian Sosial

M Update, 8/5/2019 – Kerajaan sedia meneliti semula intipati Akta Keharmonian Sosial yang boleh diguna pakai dalam usaha antara lain mengawal penyebaran maklumat yang berpotensi menggugat perpaduan dan keharmonian masyarakat dalam negara, terutama di alam maya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik menegaskan akta itu bagaimanapun tidak dicadang diperkenalkan semula pada masa ini. Tetapi mungkin wujudkan satu benda lain, di mana boleh bagi kuasa kepada satu pihak untuk jaga keharmonian,” katanya pada persidangan Dewan Negara, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Senator Asmak Husin yang mahu tahu usaha kerajaan menangani penyebaran maklumat yang dikhuatiri mampu menggugat integrasi kaum dalam kalangan komuniti maya di negara ini. Md Farid turut kesal walaupun kebebasan suara diberi jaminan oleh kerajaan, masih ada pihak yang menyalahgunakan kebebasan diberikan dengan menyebarkan isu-isu tidak sepatutnya.

Namun, beliau yakin pada masa ini, akta sedia ada seperti Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mempunyai peruntukan yang boleh diguna pakai untuk mengekang penyebaran maklumat tidak bertanggungjawab. – Bernama

Leave a Reply