Input your search keywords and press Enter.

PMO nafi kerajaan beri tanah kepada Zakir Naik

M-Update,8/5/2019, PUTRAJAYA: Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan kononnya kerajaan Malaysia memberi tanah dan slot dalam rancangan televisyen tempatan kepada pendakwah terkenal Dr Zakir Naik. Menurut kenyataan PMO, dakwaan sebuah saluran televisyen berpangkalan di India dan berita menerusi beberapa media sosial kononnya kerajaan Malaysia memberi tanah bagi saluran Peace Channel milik Zakir Naik serta slot untuk pendakwah itu muncul dalam stesen televisyen tempatan adalah tidak berasas.

“Kami ingin menjelaskan bahawa semua dakwaan itu adalah tidak berasas,” kata PMO dalam satu kenyataan hari ini.Sebelum ini, beberapa laporan media sosial memaparkan dakwaan Republic TV yang berpangkalan di India bahawa Malaysia memutuskan untuk ‘membalas’ jasa Zakir dengan membenarkan penyiaran Peace TV miliknya beroperasi di sini.

Minggu lalu, pihak berkuasa di India Enforcement Directorate (ED), dilaporkan melakukan pendakwaan tanpa kehadiran atau ‘charged in absence’ terhadap Zakir atas tuduhan pengubahan wang haram. Laporan itu juga mendakwa Zakir membuat ‘ucapan dan syarahan mengapi-apikan’ yang menghasut belia beragama Islam di India melakukan keganasan.

Bagaimanapun, Zakir menafikan semua tuduhan terhadapnya dan selama ini berjaya mengelak usaha pihak berkuasa India yang mahu mengekstradisi beliau dari Malaysia, yang memberi taraf penduduk tetap kepadanya.–BHarian

Leave a Reply