Input your search keywords and press Enter.

TNB : Lebihan Caj Dikredit Semula

M Update, 8/5/2019 – Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengkredit semula lebihan caj pengguna meter pintar di negeri ini ke dalam bil elektrik pengguna tersebut sekiranya semakan mendapati berlaku lebihan caj.

Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) TNB Negeri Melaka, Ahmad Rezahan Mohammad, berkata pihaknya akan membuat semakan segera terhadap aduan yang diterima. Isnin lepas, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dilaporkan berkata Kerajaan negeri memandang serius dakwaan kenaikan kadar bil elektrik tinggi ekoran penggunaan meter pintar TNB dan meminta agar syarikat itu memandang serius setiap aduan dan tidak melihatnya secara umum.

“TNB ambil maklum berkaitan isu bil tinggi dan aduan lain yang dihadapi segelintir pengguna meter pintar TNB di beberapa tempat di Melaka seperti mana yang telah dilaporkan melalui posting media sosial. Tiada pemotongan bekalan elektrik dibuat sementara aduan pengguna diperincikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Rezahan berkata, pengguna meter pintar yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi TNB di talian khidmat pelanggannya di 1300-88-5454 atau mengunjungi pejabat TNB berdekatan. – BERNAMA

Leave a Reply