Input your search keywords and press Enter.

10 orang awam maut serangan udara di Idlib

M Update, 09/05/2019 – Sepuluh orang awam dilaporkan terbunuh dalam serangan udara di Idlib, iaitu wilayah di barat laut Syria oleh rejim pimpinan Presiden Bashar Al Assad dan sekutunya, Russia.

Menurut kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain, kematian dicatatkan di wilayah dikuasai pemberontak Hayat Tahrir Al Sham (HTS), iaitu bekas cawangan militan Daesh di Syria.

Tentera rejim dan Russia dipercayai meningkatkan serangan di wilayah berkenaan sejak beberapa hari lalu, mengakibatkan beberapa hospital dan sekolah musnah dalam serangan udara itu.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dijadual mengadakan mesyuarat esok, bagi membincangkan peningkatan serangan di wilayah Idlib.

Sementara itu, Kesatuan Eropah semalam, menganggap serangan ke atas hospital dan sekolah itu sebagai melanggar undang-undang antarabangsa dan tidak boleh diterima sama sekali. – AFP

Leave a Reply