Input your search keywords and press Enter.

Bot Karam, 5 Pemancing Dikhuatiri Lemas

M Update, 9/5/2019 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) lima pemancing yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki karam di kawasan perairan Pulau Tenggol, malam tadi.

Bot kilat itu keluar dari Jeti Maritim Kuala Kemaman kira-kira jam 11.45 malam sebaik menerima laporan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun.

Seramai lapan pemancing berada di dalam bot itu dengan tiga daripadanya diselamatkan sebuah bot nelayan yang berada di tempat kejadian.

Ketika ini, operasi SAR mangsa sedang dijalankan di sekitar lokasi kejadian. APMM juga sedang mengumpul maklumat termasuk nama dan alamat semua mangsa termasuk mereka yang selamat,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

Dalam kejadian jam 9.30 malam, bot milik seorang nelayan dari Kampung Nibong Bawah itu disewa sekumpulan pemancing sebelum ia karam akibat dibadai ribut kencang.

Sebuah bot nelayan dari Kuantan yang menyaksikan kejadian itu bergegas memberi pertolongan sebelum berjaya menyelamatkan tiga mangsa.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply