Input your search keywords and press Enter.

Parlimen Singapura Luluskan Undang-undang Berita Palsu

M Update, 09/05/2019 – Rang undang-undang berita palsu diluluskan oleh Parlimen Singapura, semalam selepas perbahasan maraton selama dua hari, menurut The Strait Times.

Pada akhir sesi semalam yang berlanjutan sehingga 10 malam, Rang Undang-undang Perlindungan Daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian diluluskan dengan 72 anggota berkata “ya”, dan kesemua sembilan anggota daripada Parti Pekerja berkata “tidak” dan tiga anggota parlimen (NMP) yang dilantik mengambil pendirian berkecuali, menurut laporan itu.

Laporan dalam talian itu berkata anggota yang mengundi menyokong rang undang-undang itu termasuk semua Anggota Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang hadir di dewan dan beberapa NMP. – BERNAMA

Leave a Reply