Input your search keywords and press Enter.

3 Lelaki Bersalah Bakar Masjid Syiah Di Australia


Lelaki terbabit membakar sebuah masjid Syiah di Melbourne serta merancang melakukan serangan lain. -Foto AFP

M Update, 10/05/2019 – Seorang hakim Australia hari ini memutuskan, tiga lelaki bersalah melakukan keganasan selepas membakar sebuah masjid di negeri selatan Victoria pada Disember 2016.

Tiga lelaki terbabit, Ahmed Mohamed, Abdullah Chaarani dan Hatim Moukhaiber membakar sebuah masjid Syiah di pinggir bandar ini.

Dua daripadanya berkomplot melakukan serangan di tengah bandar ini beberapa minggu kemudian dan disabitkan bersubahat melancarkan serangan pengganas tahun lalu.

Mereka membeli parang dan bahan letupan serta cuba mendapatkan lesen senjata sebelum ditahan, menurut laporan media. Ketiga-tiga tertuduh belum dijatuhi hukuman. -Reuters

Leave a Reply