Input your search keywords and press Enter.

New Delhi landa musim jerebu

M Update, 14/05/2019 –  New Delhi dilanda pencemaran udara musim panas teruk yang jarang berlaku tatkala ribut debu dan gelombang panas melanda utara India sehingga menyebabkan jerebu pada peringkat yangg merbahaya.

Ibu kota paling tercemar di dunia diselubungi asbut bertoksik akibat asap kereta, pertanian sisa pembuangan kilang semasa musim sejuk berbanding musim panas.

Hari ini, indeks kualiti udara berada pada peringkat ‘paling teruk’ dengan ukuran PM 2.5, iaitu 154 mikrogram per meter.

Awan debu melingkari jalan raya manakala orang ramai terpaksa memakai penutup hidung yang biasanya digunakan ketika musim sejuk.

“Pada masa sekarang kami berada di musim ribut petir. Kelajuan angin menyebabkan debu bertebaran tetapi kami berpendapat ia hanya sementara dan akan berubah dalam masa satu atau dua hari,” kata Pegawai Jabatan Meteorologi India, V.K Soni memberitahu AFP.

Tahap pencemaran mula meningkat sehari selepas menteri kanan India berjanji udara New Delhi akan bersih dalam tempoh tiga tahun kerana tindakan diambil oleh kerajaan.

“Kerajaan kami sudah melakukan 100 peratus iaitu telus bebas rasuah, berorientasikan hasil serta kualiti dan mengapa New Delhi akan bebas daripada pencemaran udara dan air dalam tempoh tiga tahun,” kata Menteri Sumber Air dan Pengangkutan, Nitin Gadkari memberitahu sidang media semasa kempen pilihan raya, Khamis lalu.

Difahamkan pihak berkuasa India gagal membendung pencemaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bandar-bandar di India membentuk 14 daripada 15 bandar raya paling tercemar di dunia dalam tinjauan yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2018 dan ia turut menyumbang kepada kematian awal di negara itu. – AFP

Leave a Reply