Input your search keywords and press Enter.

Pakaian Dalam Pun Nak Rembat…

M Update, 15/5/2019 – Wanita bukan saja kerugian malah malu apabila empat set pakaian dalam miliknya dilarikan penjenayah di kedai dobi di Taman Bukit Galena, di Seremban, semalam.

Sumber polis berkata, pada kejadian 8.30 pagi, mangsa berusia 30-an berkunjung ke premis untuk mencuci pakaian. Katanya, wanita itu memasukkan semua pakaian dalam itu ke dalam mesin cuci dan meninggalkan seketika kerana memiliki urusan di kawasan berdekatan.

Sekembalinya mangsa ke premis pada 9.10 pagi, dia bingung mendapati semua pakaian dalam miliknya hilang. Mangsa menghubungi pemilik premis untuk mendapatkan kerjasama,” katanya. Kata sumber itu lagi, pemerhatian menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki memasuki premis lalu membuka mesin cuci yang mengandungi pakaian mangsa.

Lelaki itu mengambil semua pakaian dalam yang dikeringkan lalu beredar dengan berjalan kaki. Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban sebaik kejadian,” katanya. Menurut sumber itu, mangsa berharap tindakan segera diambil pihak berkuasa selepas bimbang pakaian dalam miliknya disalah guna. – HM Online

Leave a Reply