Input your search keywords and press Enter.

Pembuat dasar AS mahu ketatkan visa pelajar, penyelidik China

M Update, 15/05/2019 – Sekumpulan anggota Kongres Republikan memperkenalkan satu rang undang-undang semalam, bertujuan melarang sesiapa yang digaji atau ditaja tentera China daripada menerima visa pelajar atau penyelidik ke Amerika Syarikat (AS).

Rang undang-undang itu memerlukan kerajaan AS mewujudkan senarai institusi saintifik dan kejuruteraan dikaitkan dengan Tentera Pembebasan Rakyat China dan melarang sesiapa yang digaji atau ditaja institusi itu daripada menerima visa.

Ia diperkenalkan ketika AS dan China mempertingkatkan perang dagangan susulan rundingan sukar minggu lalu. Selain itu, pihak berkuasa AS menyuarakan kebimbangan berhubung kemungkinan kecurian harta intelek atau malah perisikan oleh rakyat China di universiti negara itu serta institusi lain.

Majoriti rakyat AS dan pegawai universiti juga memberi amaran terhadap reaksi terlebih, mengatakan, adalah wajar untuk mengakui peranan penting dimainkan golongan akademik China dan pelajar di institusi negara itu namun sedar terhadap risiko keselamatan.

Rang undang-undang itu ditaja Senator Republikan iaitu Chuck Grassley, Tom Cotton, Ted Cruz, Marsha Blackburn dan Josh Hawley. -Reuters

Leave a Reply