Input your search keywords and press Enter.

TNB Peruntukkan Perbelanjaan Modal RM9.5 Bilion

Tenaga Nasional Berhad TNB memperuntukkan RM9.5 bilion untuk perbelanjaan modal bagi tahun kewangan pada tahun 2019 berbanding tahun 2018 yang modalnya berjumlah RM12 bilion. Peruntukan perbelanjaan itu untuk projek loji Timah East Power (JEP) yang dijangka akan memulakan operasinya pada tahun ini.

Daripada jumlah peruntukan, sebanyak RM6 bilion akan digunakan di bahagian grid, RM2.5 bilion untuk bahagian penjanaan kuasa, dan selebihnya adalah untuk tenaga boleh diperbaharui dan pengembangan meter pintar.

Segmen penjanaan iaitu sebanyak RM2.5 bilion akan diperuntukkan bagi kilang Generasi Tenaga Selatan (SPG) Pasir Gudang yang dijangka akan beroperasi pada 2020 dan Projek Solar Berskala Besar di Bukit Selambau, Kedah dan baki daripada jumlah perbelanjaan modal ini diperuntukkan bagi jalur lebar optik fiber yang dijangka berupaya memberi sumbangan kepada kumpulan menjelang tahun hadapan.

Selain itu, TNB akan menyelesaikan masalah berhubung isu bil semasa yang didakwa tinggi selepas pemasangan meter pintar dan pihak TNB akan menyediakan pasukan untuk membantu menangani masalah dalam kalangan pengguna di Melaka.

Dalam kenyataan lain, TNB merancang untuk memperluaskan pemasangan meter pintar di kawasan Lembah Klang dalam masa terdekat dan TNB juga akan menigkatkan kemahiran, pengetahuan, bakat dan kecekapan tenaga kerja untuk berdepan dengan cabaran perubahan keperluan dan jangkaan pelanggan.

Leave a Reply