Input your search keywords and press Enter.

10 mangsa terperangkap bangunan runtuh di Shanghai

M Update, 16/05/2019 – Seramai 10 pekerja pembinaan terperangkap selepas sebuah bangunan, yang menempatkan pusat jualan kenderaan, yang dalam proses pengubahsuaian dilaporkan runtuh, hari ini.

Bagaimanapun, pihak berkuasa berkata, anggota penyelamat berjaya mengeluarkan 11 mangsa dari bawah runtuhan berkenaan.

Menurut laporan media tempatan, bangunan yang menempatkan pusat jualan kenderaan jenama Mercedes-Benz itu, terletak di sebuah kawasan perindustrian di sini.

Media melaporkan kejadian berkenaan berlaku pada jam 11.30 pagi (waktu tempatan) di lokasi yang terletak di tengah bandar raya ini.

Terdahulu, akhbar tempatan, The Paper melaporkan sekurang-kurangnya empat mangsa berjaya diselamatkan dari struktur bangunan yang runtuh itu.

Sementara itu, biro penyelamat kebakaran, Kementerian Pengurusan Kecemasan China dalam kenyataan di akaun media sosialnya, tidak mendedahkan butiran mangsa yang cedera atau terbunuh dalam insiden itu. – AFP

Leave a Reply