Input your search keywords and press Enter.

Gas Malaysia Untung RM41.17 juta

Keuntungan bersih Gas Malaysia Bhd bagi suku pertama bagi 31 Mac 2019 meningkat kepada RM41.17 juta daripada suku pertama tahun 2018 iaitu RM40.21 juta.

Pendapatan bagi Gas Malaysia pula meningkat 19.5% kepada RM1.72 bilion daripada RM1.44 bilion sebelumnya, khususnya disebabkan oleh jumlah gas asli lebih besar dan tarif gas asli lebih tinggi.

Mengenai prospek, kumpulan itu berkata keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 dijangka sejajar dengan paras yang mencerminkan mekanisme rangka kerja penetapan tarif semasa.

Leave a Reply